Kismis E-Minda

Buah anggur dikenali sebagai Vitis Vinifera merupakan daripada famili vitaceae dan mempunyai banyak kebaikan dan faedah yang diperolehi darinya. Anggur boleh dimakan ketika basah ataupun kering yang dinamakan sebagai KISMIS. Kismis adalah "gula-gula" asli ciptaan Allah SWT, terdiri daripada sejenis buahan kering yang paling berkhasiat di dunia. Ini kerana kismis tidak mengandungi kolesterol atau lemak serta rendah kandungan garam. Kismis mampu membekalkan tubuh dengan banyak vitamin serta mineral dan yang paling penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.

Kismis mengandungi 70% fruktosa (suatu bentuk gula ringkas asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ianya sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir. Anggur sebagai sumber kismis juga merupajan makanan berkhasiat dan pelawas yang dapat membantu sistem badan terutama pada hati dan usus. Disebabkan kandungan nutriennya yang baik untuk plasma darah, ia juga sesuai untuk tujuan detokfikasi atau nyahtoksid dalam badan.


Kismis e-Minda Infrasonik adalah adunan istimewa dalam konsep tenaga. Gabungan kismis dan garam bukit yang dipertenagakan dengan sistem keseimbangan tenaga organ PERUT dan HATI akan menjana pemikiran kreatif oleh pelajar.

Olahan minda yang kreatif berpunca dari sistem perut dan hati. Ajaran Islam agar umatnya menjaga makan sangat benar kerana perut dan hati adalah ibu segala penyakit. Organ perut adalah ruang mengisar dan melembutkan makanan manakala hati adalah organ yang bertindak sebagai ‘rumah penawar’ kepada tubuh. Segala zat yang sudah ditukarkan kepada bentuk gula ringkas akan disimpan ke dalam ruangan sel organ hati. Sekiranyanya tubuh memerlukan tenaga maka organ hati akan memadankan zat yang tersimpan dengan enzim tertentu dan dihantar terus ke bahagian tubuh yang memerlukan. Berfikir juga memerlukan tenaga. Bagi melahirkan pemikirkan yang kreatif penjagaan dan pengambilan makananan amat perlu dititikberatkan.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Barangsiapa memakan kismis sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali mati”.

Maksud Al-Hadith

Mengapa perlu mengambil 21 biji kismis sebelum sarapan?

Pada ketika perut kosong di waktu pagi pengisiannya perlulah ringkas dan ringan. Kismis adalah bentuk gula ringkas yang mudah dihadam. Sebaik sahaja kismis terkena air liur, zat kismis sebenarnya sudah mula pecah dan berinteraksi dengan sistem tubuh melalui sistem saraf di dinding mulut, gusi dan lidah. Gula ringkas kismis yang mudah serap akan memberi tenaga pada perut dan hati manakala fiber yang terdapat pada kulit dan isi kismis akan mendatangkan rasa kenyang. Ini dapat mengelakan pengambilan sarapan berat atau berlebihan.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

(Maksud Al-Hadith)

Mengambil sarapan berat dan berlebihan bagi pelajar menyebabkan 2 hingga 3 jam selepas pengambilan sarapan , pelajar akan mudah rasa mengantuk dan hilang daya tumpuan di dalam kelas sekaligus membenankan perut untuk bekerja keras dalam proses pencernaan di waktu pagi.



INFO MENGENAI KISMIS...


INFO MENGENAI KISMIS...


Menajam Minda

Gula ringkas dalam kismis dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran dan menajamkan daya ingatan. Sel-sel otak memerlukan bentuk gula ringkas yang banyak dan kismis adalah pemakanan yang mampu membekalkan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.


Antioksida

Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida dan bertindak sebagai pelindung radikal bebas sekaligus menjaga kesihatan kulit.


Gigi Sihat

Kismis bukanlah penyebab kaviti. Asid oleanolik yang terkandung dalam kismis bertindak membunuh bacteria dalam mulut.


Tulang Sihat

Boron yang terdapat dalam kismis bertindak menukarkan mineral yang diperlukan oleh tubuh menjadi aktif dalam keseimbanga tulang juga mampu mencegah proses osteoporosis di usia muda.